Borneo Sape Crew

Borneo sape crew

Merupakan laman web rasmi Krew Sape Borneo. Ingin mengenali sape dengan lebih dekat?? Sila layari sekarang.

PB Link Exchange

product 1

Akan datang

Murah Sakan

murah sakan

Mempamerkan dan menjual barangan secara online. "MURAH,SENANG,ONLINE"

Followers

Akta hidu gam perlu diteliti

Wilson Mon | 6:11 PM | 0 comments


(Gambar di atas hanya hiasan sahaja).

Pendekatan hoslitik perlu untuk halang gam disalahgunakan

Kajian penuh teliti dan berhati-hati perlu dilakukan sebelum akta penghiduan gam diluluskan kerana gam merupakan bahan yang digunakan dalam banyak aktiviti harian.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata perkara utama perlu dilakukan ialah melihat cara terbaik pelaksanaan undang-undang mahupun peraturan penyalahgunaan atau penghiduan gam.

“Hukuman sahaja tidak dapat mengatasi masalah penghiduan gam sebaliknya memerlukan pendekatan lebih hoslitik iaitu menghalang ia (gam) daripada mudah diper-oleh dan disalahgunakan oleh individu termasuk pelajar.

“Misalnya orang ramai tahu kesan dan hukuman berat menanti mereka jika terlibat dalam jenayah dadah tetapi masih dilakukan dan berlaku,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mensarankan agar cara alternatif perlu dicari sebelum mengkategorikan kesalahan menghidu atau memiliki gam ke-salahan jenayah sama dengan kesalahan menagih, memiliki serta mengedar dadah.

Beliau menambah faktor yang mendorong individu terjebak dalam kes penghiduan gam juga perlu diberi perhatian dan ia melibatkan ramai pihak terutamanya ibu bapa dan masyarakat setempat.

“Adalah tidak mudah untuk kita mengkategorikannya sebagai kesalahan jenayah dan ia perlu dilihat dengan berhati-hati,” tegasnya sambil mengakui kes sosial itu turut menular di kalangan pelajar di negeri ini.

Menurut beliau di peringkat sekolah menghidu gam dikategorikan sebagai ke-salahan berat dengan hukuman tegas perlu dikenakan terhadap pelajar terbabit antaranya digantung sekolah.

“Ia memamg berlaku di sekolah menghidu sesuatu yang boleh mengkhayalkan se-perti gam dan pemadam cecair adalah diharam digunakan di sekolah,” tambahnya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Datuk Kamilia Datuk Ibrahim mendesak kerajaan agar meluluskan segera akta menghidu gam.

Katanya PEMADAM telah mengemukakan draf akta penghiduan atau penyalahgunaan gam dalam pindaan Akta Dadah Berbahaya untuk dibentangkan di Parlimen.

PEMADAM katanya amat berharap akta penyalahgunaan gam dapat dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini dan menambah draf akta itu telah diserahkan kepada Peguam Negara untuk dibentangkan di Parlimen nanti.

Menurutnya akta penyalah-gunaan gam dimasukkan dalam usul pindaan Akta Dadah Berbahaya yang membolehkan tindakan diambil terhadap penjual dan penghidu gam.

Suntingan khas Utusan Borneo

Kategori:

Wilson Mon: Atau lebih dikenali sebagai "Pengayau Baru" merupakan seorang blogger yang semakin aktif. Telah membangunkan webBlog Pengayau Baru Cyber Zone ini dari tahun 2008 sehingga sekarang. Merupakan seorang anak jati negeri Sarawak yang mempunyai motto "The New Generation of Headhunter". Terima Kasih kerana melayari WebBlog ini.

0 comments

There was an error in this gadget